Music playing at the background: Jac singing Tunggu Sekejap, Dina singing Jangan Tinggal Daku & Top 5 Malaysian Idol finalists singing Lagenda for the P.Ramlee's themed show.

Tuesday, March 16, 2004

Bobo yang Hebat, tidak hebat sangat buat ketika ini.

Bobo yang Hebat agak sedih sedikit buat masa ini kerana baru sahaja habis dileteri oleh ibunya. Bobo amat tidak faham mengapa orang di sekelilingnya mempunyai persepsi bahawasanya dia adalah seorang yang jahat, padahal dia adalah seorang yang amat amat amat baik hati yang teramattt sangat. Namun, tidak mengapa... lupakan tentang hal itu.
Sekarang Bobo ingin menceritakan tentang sesuatu perkara yang amat menyentuh perasaan Bobo hingga ke hari ini. Iaitu tentang anak-anak kepada AhPoh iaitu jiran kepada Nenek Nab. Namun buat masa sekarang AhPoh sudah menjadi mendiang, oleh itu, semoga AhPoh tenang di sana. Bobo masih teringatkan AhPoh. Selepas dilahirkan Bobo telah tinggal di Chai Chee selama 2 tahun dan selepas berpindah ke Bukit Panjang pun, Bobo masih sering mengunjungi Nenek Nab. Dan Bobo selalu lalu di depan rumah AhPoh bila hendak ke rumah Nenek Nab. Bobo masih ingat, pabila AhPoh masih muda dan masih boleh berjalan. Bobo juga ingat bagaimana Nenek Nab pernah menakutkan Bobo dengan berkata jika kita berjalan di bawah bekas yang dicucuk joss sticks yang digunakan oleh orang Tionghua untuk bersembahyang, kita akan jatuh sakit selepas itu. Bobo juga masih ingat bagaimana Bobo mempercayai kata-kata Nenek Nab dan bagaimana pada suatu hari, Bobo telah berjalan di bawah bekas yang digantung di siling koridor depan rumah AhPoh dan Bobo telah demam pada malam tersebut. Bobo juga terkenangkan apabila AhPoh kerap sakit-sakit dan sudah tidak boleh berjalan. Dia terpaksa berkerusi roda. Dia sudah tidak boleh berjalan lagi. Bobo akan menjenguk ke dalam rumah AhPoh setiapkali melepasi koridor rumahnya. Bobo akan senyum kepada AhPoh yang sering duduk di kerusi roda di ruang tamu rumahnya. Pada mulanya AhPoh masih mengenali Bobo dan masih akan membalas senyuman Bobo. Tapi lama-kelamaan AhPoh sudah hilang ingatannya dan dia tidak lagi membalas senyuman Bobo. Bobo sedih melihat keadaan AhPoh. Pada suatu hari AhPoh telah meninggal dunia. Kini, Bobo dapat terasa akan perbezaan apabila melalui koridor rumah AhPoh. Pintu rumahnya jarang terbuka seperti dulu. Bagaikan tak berpenghuni. Namun, apa yang amat menyentuh hati Bobo adalah kedua-dua anak perempuan AhPoh. Mereka telah menjaga AhPoh dari sewaktu dia sihat hingga ke saat AhPoh mula sakit-sakit hingga ke tenat. Anak-anak AhPoh tidak berkahwin. Mungkin kerana mereka terpaksa menjaga AhPoh. Dunia mereka hanya dikelilingi oleh AhPoh. Begitu besarnya pengorbanan anak-anak AhPoh. Ada kawan-kawan Bobo yang mengatakan bahawa anak-anak AhPoh yang bodoh untuk tidak mencari kehidupan sendiri. Bobo hairan mengapa mereka tidak melihatnya dari sebuah lagi sudut yang berbeza. AhPoh adalah kehidupan mereka. Mereka sanggup tidak mencari teman hidup hanya untuk memberi sepenuh perhatian kepada AhPoh. Mereka juga seperti di dalam dunia mereka sendiri. Baju mereka tidak berfesyen. Seorang hanya kerja sebagai penjahit baju. Hidup mereka amat "simple" lagi daif. Kini tinggal mereka dua-beradik. Bobo nampak bagaimana mereka sudah dimakan usia. Mereka hanya dapat bergantung kepada satu sama-lain. Sememangnya Bobo amat sedih bila mengenangkan mereka dan bagaimana mereka berkorban untuk AhPoh. Sememangnya merekalah idola Bobo....